Abu Umamah: “Aku bingung memikirkan hutangku, wahai Rasulullah”.
Rasulullah bersabda: “Maukah kamu aku ajari beberapa kalimat jika kamu mengucapkannya niscaya Allah akan menghilangkan kebingunganmu dan beban hutangmu ?” ,
Abu Umamah: “Tentu saja, wahai Rasulullah”.,
Maka beliau pun bersabda lagi: “Jika kamu di waktu pagi dan sore maka ucapkanlah
اللهم إِنِّيْ أَعُوْ ذُبِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”
Kata Abu Umamah radhiyallahu ’anhu: ”Setelah membaca do’a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas hutangku.” (HR Abu Dawud 4/353) (HR. Bukhari No.6363)
Amalkan membaca doa ini, terutamanya pada waktu-waktu yang dimakbulkan doa. Menurut Imam Ibn Hajar al-Asqalani, doa ini merupakan antara doa yang penting diamalkan Nabi S.A.W.
Menurut sebuah riwayat daripada Imam al-Tirmizi, seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Sayidina Ali r.a. meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas. Sayidina Ali memberitahunya, “Jika engkau beramal dengan doa (yang pertama di atas), engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun hutang itu sebesar gunung.” (lihat kitab al-Azkar, Bab Hutang).
Nabi S.A.W. ditanya mengapakah Baginda banyak berdoa meminta dipelihara daripada hutang. Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Seseorang yang berhutang akan berkata bohong dan memungkiri janji kerana hutangnya itu” – Riwayat al-Bukhari, Bab Azan. Muslim, Bab Masjid.
Imam Syafi’i menjelaskan maksud kaya dalam rangkap sajak:
Jiwa tertekan kerana kemiskinan
Sedang kemiskinan lebih baik daripada kaya yang merosakkan,
Kaya yang sebenarnya ialah kaya jiwa, kalau tidak
Segala harta dunia tidak akan mampu memenuhi kehendaknya.
(Diwan al-Syafi’i)
——————————————————————————–
* dipetik dari Rahasia Do’a Mengatasi Hutang Eramuslim.com
* dipetik daripada buku ‘101 Doa daripada Hadis-Hadis Sahih’, karangan Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru.
0 comments:
Post a Comment